portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

WARIS TERIMA KHAIRAT KEMATIAN AS16 YGMB DI BACHOK, KELANTAN

Galeri

BACHOK – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyerahkan wang Khairat Kematian Ahli Skim 16 bernilai RM8,000.00 kepada waris Allahyarham Cikgu Mohd Sayuti Rajab, 43, di SMK Puteri Saadong baru-baru ini.

Cikgu Yusliza Kamarudin, 41, merupakan guru Pendidikan Islam di SK Kandis itu berkata, suaminya Cikgu Sayuti yang bertugas di SMK Puteri Saadong meninggal dunia akibat serangan jantung di rumah pada Julai lalu.

Tambah Yusliza, dia sendiri baharu sahaja mendaftar ahli YGMB Skim 18 pada hari ini selepas menerima Khairat Kematian suaminya.

Wang Khairat Kematian telah disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan PPD Kota Bharu, Drs Ahmad Yani Muhammad.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Amran Ghani, dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.