portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

WARIS ALLAHYARHAM CIKGU SHAHIDAN TERIMA RM27 RIBU KHAIRAT KEMATIAN

Galeri

HULU SELANGOR, 2 April 2021 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyerahkan wang Khairat Kematian Ahli Skim 18 bernilai RM27,004.06 kepada waris Allahyarham Cikgu Shahidan Umar, 50 di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru hari ini.

Allahyarham Cikgu Shahidan yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kg. Kuantan, Kampung Kuantan, Batang Kali, Selangor meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak pada 8 November tahun lalu meninggalkan seorang balu iaitu Normah Osman.

Penyampaian wang Khairat Kematian tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor, Puan Rozlina Abdul Ghani sambil disaksikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Mohammad Yong Salleh dan Pengurus YGMB, Ishak Ismail.

Hadir sama ialah Timbalan PPD Sektor Perancangan, Tuan Rozman Baharuddin dan Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah, Puan Norma Mohd Salleh dan Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, Tuan Ahmad Nasir Mohd Salleh.