portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

DUA KANSER, SATU KETABAHAN: GURU PENDIDIKAN ISLAM TERIMA MANFAAT RM25 RIBU

Galeri

JOHOR BAHRU, 3 OGOS 2025 – Yayasan Guru Malaysia telah menyerahkan manfaat Penyakit Kritikal Ahli Skim 18 kepada Zahari Hassan yang mewakili isterinya berjumlah RM25,092.44, Zaharah Tahir, 45, seorang guru Pendidikan Islam yang telah disahkan menghidap dua jenis kanser serentak iaitu Kanser Ovari dan Kanser Usus.

Penyerahan cek cura ini telah disampaikan oleh Pengerusi YGMB, Haji Aminudin Adam, serta diiringi oleh Ahli Lembaga YGMB, Mohammad Yong Salleh.