portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

PEMBANTU PENGURUSAN MURID TERIMA RM50 RIBU MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL

Galeri

BESUT, 8 FEBRUARI 2026 – Seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) menerima manfaat Penyakit Kritikal Ahli Skim Emas berjumlah RM50,168.60 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) selepas disahkan menghidap tumor otak.

Penerima, Aisyah Norehan Azhari, pada awalnya menyangka beliau hanya mengalami sakit kepala biasa pada Februari 2024 dan mendapatkan rawatan di klinik untuk pemeriksaan. Namun, sakit kepala yang berlarutan mendorong beliau mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Selepas seminggu menerima rawatan di hospital, beliau menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut.

Menurut Aisyah Norehan, beliau sebelum ini mempunyai insurans peribadi namun terpaksa menamatkannya berikutan kenaikan kadar bayaran bulanan yang semakin tinggi. Beliau menzahirkan rasa syukur kerana masih mengekalkan keahlian bersama YGMB yang menawarkan kadar yuran berpatutan, sekali gus membolehkannya menerima manfaat ketika diuji dengan penyakit tersebut.

Penyerahan cek cura manfaat Penyakit Kritikal Ahli Skim Emas telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Tengku Mahmud, Mohamad Zainudin Awang, dalam satu majlis yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.