Skip to main content
x

AHLI SKIM 16 (RM10 SEBULAN)

Ahli Skim 16 dengan bayaran yuran RM10 sebulan yang menawarkan sebanyak 16 manfaat kebajikan telah dilancarkan pada tahun 2012. 

Produk ini diperkenalkan sebagai usaha penjenamaan semula untuk menarik lebih ramai warga pendidik menyertai YGMB.

Tempoh maksimum keahlian Ahli Skim 16 adalah sehingga mencapai umur 59 tahun sahaja. Setelah tamat tempoh ini, potongan yuran bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) akan diberhentikan dan selepas itu ahli hanya layak menerima manfaat Hadiah Persaraan sahaja walaupun masih lagi berkhidmat.

Bagi ahli yang bersara awal sebelum mencapai umur 59 tahun, keahlian akan tamat secara automatik mengikut tarikh persaraan ahli berkenaan. Sebarang permohonan untuk meneruskan keahlian selepas persaraan adalah tidak diterima.

Senarai manfaat kebajikan Ahli Skim 16 adalah seperti berikut:

Manfaat Ahli Skim 16