Enter your keyword

Ahli Skim 16

SKIM KEAHLIAN YGMB

RM 10.00 SEBULAN

Ahli Skim 16 (AS16) dengan bayaran yuran RM10 sebulan yang menawarkan sebanyak 16 manfaat kebajikan telah dilancarkan pada tahun 2012. Produk ini diperkenalkan sebagai usaha penjenamaan semula untuk menarik lebih ramai warga pendidik menyertai YGMB. Tempoh maksimum keahlian AS16 adalah sehingga mencapai umur 60 tahun sahaja. Setelah tamat tempoh ini, potongan yuran bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) akan diberhentikan. Bagi ahli yang bersara awal sebelum mencapai umur 60 tahun, keahlian akan tamat secara automatik mengikut tarikh persaraan ahli berkenaan. Sebarang permohonan untuk meneruskan keahlian AS16 selepas bersara adalah tidak diterima.

Bagaimanapun berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara pada awal tahun 2020, YGMB telah menambah satu lagi manfaat baharu iaitu Rawatan Covid-19 yang boleh dituntut berkuatkuasa mulai Jun 2020. Ini menjadikan bilangan manfaat yang boleh dituntut oleh AS16 adalah 17 manfaat kebajikan kesemuanya berbanding hanya 16 semasa skim ini diperkenalkan.

AS16 juga boleh menukar status atau kategori keahlian terbaharu iaitu Ahli Skim 18 untuk menikmati 19 manfaat yang lebih komprehensif dengan bayaran yuran keahlian sebanyak RM28 sebulan tertakluk kepada terma dan syarat.

MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM 16

SENARAI

BIL MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM 16 ( RM 10 SEBULAN)
NILAI (RM)
1 KHAIRAT KEMATIAN AHLI  
  ** Kemalangan Jalan Raya 28,000.00
  ** Penyakit/Kematian Biasa 8,000.00
2 KHAIRAT KEMATIAN – PASANGAN AHLI 1,000.00
3 KHAIRAT KEMATIAN – ANAK AHLI (Seorang sahaja/18 tahun ke bawah) 500.00
4 KECACATAN KEKAL/HILANG UPAYA – AHLI  
  ** Kemalangan Jalan Raya Sehingga 25,000.00
  ** Penyakit Sehingga 5,000.00
5 KECACATAN KEKAL/HILANG UPAYA – PASANGAN AHLI Sehingga 1,000.00
6 KECACATAN KEKAL/HILANG UPAYA – ANAK AHLI (Seorang sahaja/18 tahun ke bawah) Sehingga 500.00
7 KEMALANGAN JALAN RAYA  
  ** Kos Perubatan Hospital Swasta Sehingga 10,000.00
  ** Kos Perubatan Klinik Sehingga 5,000.00
  ** Kos Perubatan Klinik Sehingga 5,000.00
  ** Membeli Peralatan Sokongan Sehingga 500.00
8
ELAUN HOSPITAL (Kemasukan ke hospital kerajaan maksima 100 hari @ RM 50.00/hari) Sehingga 5,000.00
9 MUSIBAH (Ragut/Denggi) Sehingga 750.00
10 PENDAFTARAN KEMASUKAN KE IPTA/IPTS/IPGM – AHLI (Sarjana Muda/Sarjana/PhD) 1,000.00
11 PENDAFTARAN KEMASUKAN KE IPTA/IPTS/IPGM – Anak Ahli  
  ** (Seorang sahaja berumur 23 tahun ke bawah – Sarjana Muda/Sarjana/PhD) 500.00
12 BENCANA (Banjir/Kebakaran/Ribut) Sehingga 500.00
13 HADIAH PERSARAAN 500.00
14 SAGUHATI MENGERJAKAN HAJI 500.00
15 KELAHIRAN ANAK 300.00
16 PERKAHWINAN 300.00
17 RAWATAN COVID-19 Sehingga 300.00

*Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

SKIM AHLI YGMB

Klik pada mana-mana icon untuk mengetahui lebih lanjut

SKIM EMAS

Skim Emas diperkenalkan pada tahun 2021 dengan perlindungan baharu untuk guru dengan manfaat terbaik.

SKIM 18

Ahli Skim 18 yang menawarkan sebanyak 19 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan telah dilancarkan pada 1 Julai 2018.

SKIM 16

Ahli Skim 16 dengan bayaran yuran RM10 sebulan yang menawarkan sebanyak 17 manfaat kebajikan telah dilancarkan pada tahun 2012.

SKIM SEUMUR HIDUP

Skim Ahli Seumur Hidup (ASH) telah diperkenalkan pada awal penubuhan YGMB dalam tahun 1994.

Whatsapp kami
1