Skip to main content
x

AHLI SKIM 18 (RM28 SEBULAN)

Ahli Skim 18 yang menawarkan sebanyak 18 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan telah dilancarkan pada 1 Julai 2018. 

Produk terbaharu ini merupakan skim perlindungan dan kebajikan yang lebih komprehensif bagi memenuhi keperluan semasa guru-guru termasuk kakitangan sokongan Kementerian Pendidikan di seluruh negara.

Skim ini terbuka kepada warga pendidikan yang berumur 55 tahun ke bawah. Skim ini juga terbuka kepada Ahli Seumur Hidup (ASH) dan Ahli Skim 16 yang berminat untuk menukar kategori keahlian mereka mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Tempoh maksimum keahlian Ahli Skim 18 adalah sehingga mencapai umur 59 tahun sahaja. Setelah tamat tempoh ini, potongan yuran bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) akan diberhentikan dan selepas itu ahli hanya layak menerima manfaat Hadiah Persaraan sahaja walaupun masih lagi berkhidmat.

Bagi ahli yang bersara awal sebelum mencapai umur 59 tahun, keahlian akan tamat secara automatik mengikut tarikh persaraan ahli berkenaan. Sebarang permohonan untuk meneruskan keahlian selepas persaraan adalah tidak diterima.

Senarai manfaat kebajikan Ahli Skim 18 adalah seperti berikut:

Manfaat Ahli Skim 18