AHLI YGMB TERJEJAS BANJIR DIGESA TUNTUT WANG KEBAJIKAN
BUKIT MERTAJAM, 29 Disember 2017– Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyeru semua ahlinya yang terlibat dalam kejadian banjir di negeri ini, Perlis, Kedah dan Pantai Timur baru-baru ini supaya membuat tuntutan wang kebajikan daripada badan itu dengan segera. Pemberian sumbangan kebajikan secara tunai menerusi akaun penerima akan diberikan kepada ahli yang berdaftar dengan YGMB sahaja. […]