Skip to main content
x

Kad Kredit 'TeachersCard'

Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama strategik Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah mengeluarkan Kad Kredit ‘TeachersCard’ yang disediakan secara eksklusif untuk warga pendidikan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan di seluruh negara.

 

'TeachersCard' yang telah dilancarkan secara rasminya semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Seremban, Negeri Sembilan disediakan untuk kemudahan guru-guru sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada masyarakat dan negara. Kad kredit ini yang menawarkan pelbagai faedah menarik dan keistimewaan ditawarkan dalam bentuk Skim Islamik dan Konvensional.

1