Skip to main content
x

SAYA AKAN MANFAATKAN SUMBANGAN INI UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK

KUCHING – 14 Feb 2020, Penyampaian sumbangan Khairat Kematian dan Elaun Hospital Allahyarham Cikgu Harun Abdul Jabar (44 tahun) kepada waris yang juga isteri Allahyarham, Cikgu Sharifah Linora Ashikin Wan Zain telah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Sumbangan berjumlah RM8,550.00 telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Dr. Haji Azhar Ahmad di pejabat beliau sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat. Dalam majlis tersebut, Dr. Haji Azhar turut menyarankan agar lebih ramai warga pendidik khasnya di Sarawak menyertai YGMB.

Allahyarham dahulunya bertugas di SK Muara Tebas, Kuching meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Cikgu Sharifah Linora Ashikin yang belum menjadi ahli YGMB turut mendaftar sebagai ahli dalam majlis tersebut. “Saya akan manfaatkan sumbangan ini untuk pendidikan anak-anak,” kata Sharifah Linora Ashikin yang kini berkhidmat di SK Tabuan Hilir, Kuching.