Enter your keyword

post

SEHATI SEJIWA, SOLIDARITI SERTAI YGMB

SEHATI SEJIWA, SOLIDARITI SERTAI YGMB

DARUL IMAN, 11 Ogos 2016 – Guru-guru muda tidak harus melepaskan peluang keemasan menjadi ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang diyakini memberi banyak keberuntungan dari aspek penjagaan kebajikan mereka.

Pengerusi Gagasan Pendidikan Negeri Terengganu, Datuk Mohd. Zubir Embong berkata, banyak manfaat yang bakal diperoleh guru sehingga beliau dimaklumkan ada kalangan guru yang terkejut dengan hanya kadar yuran serendah RM10, mereka pada satu-satu ketika dapat menikmati faedah sehingga mencecah RM70,000.

“Walaupun baru beberapa hari menjadi ahli, ganjaran sehingga amaun itu dapat dinikmati.

“YGMB yang dahulu lain, sekarang di bawah pentadbiran pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan pengurusnya telah berjaya memulihkan reputasi YGMB sehingga tidak terfikir oleh kita mereka mampu mencapai tahap ini.

“Yayasan ini kini terlibat dalam pelbagai bentuk pelaburan dan aktiviti yang memberi keberuntungan kepada ahli.

“Sayang sekali kalua kita kalangan guru-guru, apatah lagi guru muda melepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi ahli,” kata beliau ketika dihubungi baru-baru ini.

Mohd Zubir yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yakin YGMB akan Berjaya menongkah cabaran semasa dalam memastikan yayasan terus meningkat maju dan mencapai matlamat keahlian 200,000 orang menjelang lima tahun lagi.

“Masa depan YGMB amat cerah dan perlu diuar-uarkan. Kepada guru-guru muda, sama ada anda sudah atau belum menyertai mana-mana yayasan atau koperasi, saya ingin menyarankan bahawa YGMB adalah platform terbaik untuk anda sertai dan bersama-sama menjayakan misi dan visi YGMB.

“Perlu ada sehati sejiwa dan semangat solidarity dalam kalangan guru muda untuk menaikkan reputasi dan imej YGMB yang semakin meningkat ini,” kata beliau.

Whatsapp kami
1