Enter your keyword

post

SUNYI HARI RAYA TANPA ‘ALONG’

SUNYI HARI RAYA TANPA ‘ALONG’

Che Azizah Che Mahmood, 57, pula tidak menyangka kematian anaknya yang masih bujang, Mohd Asrul Mohd Noor (35 tahun) turut mendapat perhatian YGMB. Sebagai waris mereka menerima sumbangan Khairat Kematian Ahli Baharu YGMB anaknya berjumlah RM8,000.

Arwah Mohd Asrul Mohd Noor (guru SK Kota Kemuning, Shah Alam) meninggal dunia kerana jangkitan kuman di bahagian badan dan kepala sejak Ogos 2017. Disebabkan penyakit tersebut mangsa yang koma selama sebulan disahkan meninggal dunia pada 13 Disember 2017.

“Sedih juga bila kenangkan puasa tahun ini pertama kali tidak dapat berpuasa dan berbuka bersama-sama arwah.

Mengalir air mata ini waktu berbuka puasa bila terkenangkan arwah yang suka makan nasi kerabu, ayam percik, ikan percik dan banyak lagi masakan Kelantan.”

“Hari Raya ini juga akan sunyilah rumah kami kerana dia satu-satunya anak lelaki daripada empat adik-beradik yang lain semuanya perempuan. Arwah peramah orangnya dan semua suka berbual dengannya termasuk saudara-mara dan jiran tetangga.”

“Setiap kali Hari Raya, arwah yang menentukan warna tema baju raya bagi adik-beradiknya yang tidak berkahwin lagi termasuk kami suami isteri. Tahun ini rose gold pilihannya untuk kami bergaya di pagi Hari Raya nanti. Susah hendak mencari warna tersebut dan tengoklah nanti,’’ kata Che Azizah yang kini menetap di Bachok, Kelantan.

Che Azizah juga tidak menyangka dan bersyukur kerana anaknya menerima sumbangan Khairat Kematian Ahli Baharu daripada YGMB.

“Makcik pun tidak sangka dia ada menyertai YGMB. Itu sebabnya makcik dah nasihatkan adik arwah, Aisya yang mengajar di SMK Bandar Putra, Segamat Johor agar cepatcepat menjadi ahli YGMB. Makcik lihat banyak faedah yang ditawarkan kepada sesiapa yang menjadi ahli, rugi Aisya kalau tidak mengambil peluang keemasan ini’’.

Whatsapp kami
1